comscore
Tumpuan :
Sukan

Harimau Malaya idam beraksi di pentas akhir Pesta Bola Merdeka, perlu lepasi halangan India

KELANA JAYA: Saingan bola sepak Pesta Bola Merdeka, yang dianjur bersempena Hari Kebangsaan Malaysia sah ditandingi empat negara.

Dalam majlis undian edisi ke-42 kali ini, Malaysia diundi menentang India pada 13 Oktober jam 9 malam.

Sementara satu lagi pertembungan, yang dilangsungkan lebih awal pada jam 4.30 petang hari sama menyaksikan Palestin berdepan Lubnan.

“Kesemua pasukan ini berada di ranking tinggi, sekaligus jadikan ia persaingan sengit,” jelas Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Mohd Firdaus Mohamed.

Pesta Bola Merdeka diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil yang bakal menjadi aksi pertama dimainkan di padang baharu apabila proses pertukaran rumput dijangka siap seawal-awalnya September.

Perlawanan akhir yang diimpikan pasukan kebangsaan dijadual pada 17 Oktober jam 9 malam, manakala pertemuan tempat ketiga dan keempat ditetapkan jam 4.30 petang.

Sejak mula dianjurkan pada 1957, Malaysia telah menjulang trofi juara sebanyak 12 kali.

“Ini medan untuk lonjakkan kedudukan Malaysia di ranking FIFA dan antara persiapan pasukan sebelum memulakan kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027,” tambah Naib Presiden FAM itu merujuk Pesta Bola Merdeka yang diadakan dalam kalendar FIFA yang menawarkan mata ranking.

Loading...
Terkini