comscore
Tumpuan :
Sukan

Harimau Malaya cari peluang sekat Lubnan Ahad ini

PETALING JAYA: Pasukan kebangsaan berazam menyajikan aksi lebih baik di perlawanan akhir Pesta Bola Merdeka Ahad ini apabila berdepan Lubnan.

Keinginan itu disuarakan ketua pasukan Matthew Davies yang melihat pasukannya perlu berwaspada dengan kelebihan-kelebihan tersendiri lawan.

“Saya rasa mereka lebih keras, sangat tersusun, bertahan dengan rapat serta sukar untuk ditembusi. Ini merupakan perlawanan akhir dan segalanya boleh berlaku jadi saya jangkakan perlawanan baik dari kedua-dua pasukan serta mengharapkan kami yang akan muncul selaku pemenang,” kata Davies di sesi latihan pasukan di Stadium MBPJ, Kelana Jaya petang ini.

Pemain pertahanan itu juga mengakui mereka masih berusaha menterjemah sebaik mungkin percaturan jurulatih baharu Pau Marti Vicente memandangkan tempoh singkat panggilan kem kali ini.

Harimau Malaya benar-benar menagih suntikan dan aura penyokong setia bersama mereka di Stadium Nasional dua hari lagi, memastikan Malaysia menjulang piala edisi ke-43 sekaligus menebus kekecewaan bergelar naib juara tahun lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini