DOHA: Selain membentuk persefahaman antara pemain menghadapi cabaran getir Piala Asia di Qatar, ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon tidak mahu menunggu lama untuk menyesuaikan diri dengan suasana persekitaran dengan memulakan latihan sebaik tiba di Doha petang semalam.
Hari pertama sesi latihan skuad Harimau Malaya di Qatar University, malam tadi turut disaksikan oleh Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.
Piala Asia yang bermula pada 12 Januari hingga 10 Februari menyaksikan Malaysia diundi dalam Kumpulan E bersama Jordan, Bahrain dan Korea Selatan.
Pasukan negara membuka kempen saingan menentang Jordan apda 15 Januari diikuti Bahrain (20 Januari) dan Korea Selatan (25 Januari 2024).