Oleh: Fariz Zolkarnain
BUKIT JALIL: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Timbalannya, Adam Adli Abd Halim hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk mendengar taklimat daripada agensi Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Sesi taklimat hari ini melibatkan Perbadanan Stadium Malaysia dan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia.
Turut hadir Ketua Setiausaha KBS, Datuk Jana Santhiran Muniayan.
Menteri dan Timbalan Menteri turut melihat secara dekat keadaan padang di stadium berkenaan.
Terdahulu, Adam Adli memulakan tugas rasminya di KBS selepas dibawa mengimbas kad perakam waktu jam 10 pagi.
Pada sidang media pertamanya, Adam Adli menegaskan industri sukan di Malaysia mempunyai banyak potensi namun langkah perlu diambil bagi memastikan tiada lagi kerosakan berlaku akibat kes rasuah.
Pada masa sama, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu turut akan membawa kembali sukan ke landasan tepat selepas terkesan akibat covid-19.