KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mahu memastikan pemain bola sepak kebangsaan dan Selangor FC, Mohamad Faisal Abdul Halim atau Faisal Halim pulih sepenuhnya sebelum kembali beraksi.
Beliau yakin bahawa pemain sayap berusia 27 tahun yang menjadi mangsa serangan asid itu, sememangnya mempunyai tekad yang tinggi untuk kembali beraksi namun tidak mahu Faisal terburu-buru kembali ke padang.
“Saya nak pastikan beliau ambil masa dan pastikan betul-betul pulih sebelum keluar bermain kerana saya rasa bola sepak akan menunggu Faisal.
“Saya harap beliau jangan tergesa-gesa, pastikan beliau sembuh sepenuhnya kerana bola sepak perlukan beliau,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang kejohanan e-sukan bagi warga emas, Boomers2Gamers, di sini hari ini.
Faisal dilaporkan mengalami kelecuran tahap empat akibat disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya pada 5 Mei lepas.
Faisal yang membuat penampilan pertama di khalayak umum sejak insiden itu pada sidang media hari ini, mengakui rindu untuk beraksi di atas padang namun mahu memberikan fokus proses pemulihan terlebih dahulu. – BERNAMA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Faisal makan sendiri seperti biasa, diet tinggi protein jadi keutamaan – Dr Hazwan
- Kes simbah asid Faisal Halim: Polis tahan lelaki warga tempatan bantu siasatan
- Keadaan lecur Faisal pada tahap empat – FAS
- ‘Solidariti buat Faisal Halim’ dilancar Selangor FC
- [VIDEO] Klip CCTV didakwa serangan asid terhadap Faisal Halim tular di media sosial
- Siasatan kes Faisal Halim merangkumi segala aspek – Ketua Polis Negara
- [VIDEO] Cap jari di lokasi Faisal Halim disimbah asid tiada dalam rekod JPN
- Proses pemulihan Faisal berjalan lancar
- Kontrak Faisal Halim hingga 2027 terjamin – Selangor FC