comscore
Tumpuan :
Sukan

Hangzhou 2022: Zii Jia catat kemenangan awal, ke pusingan kedua acara perseorangan

Zii Jia mengambil masa selama 62 minit menewaskan Angus dalam acara perseorangan di Hangzhou.- Foto: Reuters

HANGZHOU: Hari ini bermulanya acara badminton individu Sukan Asia ke-19 menyaksikan wakil negara turun di peringkat pembukaan.

Pemain perseorangan lelaki, Lee Zii Jia berusaha menumpukan semula tumpuannya dengan menewaskan Angus Ng sekaligus layak ke pusingan seterusnya.

Selepas gagal membantu dalam saingan berpasukan ketika kalah kepada Jeon Hyeok Jin dari Korea Selatan Khamis lalu, pemain berusia 25 tahun itu sekali lagi berada dalam tekanan tewas 15-21 di set pertama.

Zii Jia kemudian berjaya bangkit semula memanfaatkan peluang mengubah nasibnya menerusi 21-15 dan 21-16.

Ia sekaligus menamatkan badi kekalahan lima pertemuan sebelumnya kepada wakil Hong Kong itu.

Terdahulu, wakil beregu campuran, Chen Tang Jie/ Toh Ee Wei mengatasi Andy Kwek/ Crystal Wong dari Singapura dengan keputusan 21-17, 21-13 di Binjiang Gymnasium untuk meneruskan kemaraan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini