HANGZHOU: Di sebalik aksi kurang kemas pada terjunan kedua yang menyaksikan mereka hanya mengutip 36.60 mata, gandingan penerjun wanita negara, Wendy Ng-Nur Dhabitah Sabri berjaya memperbaiki kedudukan dan menyumbang pingat perak buat Malaysia di Sukan Asia Hangzhou, hari ini.
Pada aksi final acara 3 meter (m) papan anjal seirama itu, Wendy-Dhabitah mengumpul keseluruhan 270.27 mata selepas lima terjunan bagi mempertahankan perak yang dimenangi mereka lima tahun lalu di Jakarta-Palembang.
Pingat emas dimenangi gandingan China, Chen Yiwen-Chang Yani yang juga pilihan utama selepas mengutip 335.73 mata.
Manakala Har Eum-Kim Su Ji dari Korea Selatan gangsa dengan 253.56 mata.
Perak yang diraih Wendy-Dhabitah itu adalah pingat ketiga kem terjun negara pada Sukan Asia tahun ini.
Semalam, Dhabitah-Datuk Pandelela Rinong memenangi gangsa dalam acara 10m platform seirama wanita manakala Muhammad Syafiq Puteh-Ooi Tze Liang turut meraih gangsa bagi acara 3m papan anjal seirama lelaki.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Hangzhou 2022: Pelayar Asnawi hadiahkan pingat pertama negara
- Hangzhou 2022: Tengku Nurani Ezaty raih pingat gangsa kedua buat kontinjen negara
- Hangzhou 2022: Tan Cheong Min raih perak acara wushu
- Hangzhou 2022: Skuad basikal trek hadiah gangsa berganda
- Hangzhou 2022: Skuad e-sukan raih perak, akur kehebatan China
- Hangzhou 2022: Nur Shazrin sumbang pingat emas pertama buat negara
- Hangzhou 2022: Qabil cipta sejarah, raih emas kedua negara
- Hangzhou 2022: Shah Firdaus hadiah gangsa ketiga dari basikal trek
- Hangzhou 2022: Sharul Aimy menang gangsa, tamat penantian pingat 17 tahun dari gimnastik
- Hangzhou 2022: Skuad Sepak takraw Malaysia gagal lagi jinakkan Thailand
- Hangzhou 2022: Pasukan skuasy wanita ke perlawanan akhir, hampiri pingat emas
- Hangzhou 2022: Shah Firdaus naik podium gangsa keirin
- Hangzhou 2022: Pasukan skuasy lelaki terkandas di separuh akhir
- Hangzhou 2022: Perjuangan atlet Malaysia kian memuncak
- Hangzhou 2022: Skuad Skuasy wanita bangkit menang emas berpasukan
- Hangzhou 2022: Gandingan Dhabitah-Pandelela raih pingat gangsa
- Hangzhou 2022: Shereen tamat kemarau 17 tahun
- Hangzhou 2022: Syafiq-Tze Liang raih gangsa
- Hangzhou 2022: Azeem ketiga terpantas Asia
- Hangzhou 2022: Benam Singapura, Malaysian Tigress hidup kembali peluang ke separuh akhir
- Hangzhou 2022: Giliran beregu campuran, pemain perseorangan sambung misi tambah emas