HANGZHOU: Malaysia akhirnya menamatkan penantian meraih pingat di Sukan Para Asia keempat apabila tiga wakil negara menaiki podium.
Paling cemerlang ialah perenang Muhammad Nur Syaiful Zulkafli yang mengungguli acara 100 meter (m) kuak dada SB4.
Syaiful mencatat masa 1 minit (m) 46.78 saat (s) di tempat pertama yang juga rekod baharu temasya.
Rakan sepasukan, Zy Lee Kher pula mengiringinya semasa penyampaian hadiah dengan menduduki posisi ketiga.
Satu lagi kilauan gangsa hadir daripada olahraga menerusi acara lontar peluru wanita.
Noor Imanina Idris mengatasi empat pencabar lain dengan jarak sejauh 10.57 m yang juga catatan terbaik peribadinya.