JINHUA: Skuad sepak takraw negara terus tercari-cari jawapan untuk memecahkan penguasaan Thailand apabila tewas lagi pada acara akhir berpasukan.
Perlawanan akhir yang berlangsung di Pusat Sukan Gimnasium Jinhua kira-kira 170 kilometer dari Hangzhou, Malaysia tumpas 0-2 untuk meraih pingat perak manakala bagi Thailand ini pingat emas buat kali ketujuh berturut-turut sejak edisi 1998 di Bangkok.
Regu pertama Malaysia yang dibarisi Muhammad Noraizat Mohd Nordin, Farhan Adam dan Muhammad Haziq Hairul Nizam nyata sukar menyaingi trio berpengalaman Thailand Pichet Pansan, Wichan Temkort dan Sittipong Khamchan apabila tewas mudah 15-21 dan 14-21.
Mohamad Azlan Alias, Amirul Zazwan Amir dan Mohammad Syahir Mohd Rosdi yang membentuk regu kedua, yang diharapkan mampu mengheret perlawanan ke saingan penentuan juga tidak mampu mengatasi lawan.
Tewas 13-21 pada set pertama mereka cuba bangkit, namun agak terlewat menyaksikan Thailand yang dibarisi Varayut Jantarasena, Pattarapong Yupadee dan Siriwat Sakha berjaya menamatkan set kedua 21-18.
Pada aksi final berpasukan pada edisi 2018 Jakarta -Palembang, Malaysia juga tewas di tangan Thailand.
Tumpuan Malaysia kini ke arah acara regu yang membuka tirai Khamis depan di mana Malaysia adalah juara bertahan pada edisi 2018.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Hangzhou 2022: Pelayar Asnawi hadiahkan pingat pertama negara
- Hangzhou 2022: Tengku Nurani Ezaty raih pingat gangsa kedua buat kontinjen negara
- Hangzhou 2022: Tan Cheong Min raih perak acara wushu
- Hangzhou 2022: Skuad basikal trek hadiah gangsa berganda
- Hangzhou 2022: Skuad e-sukan raih perak, akur kehebatan China
- Hangzhou 2022: Nur Shazrin sumbang pingat emas pertama buat negara
- Hangzhou 2022: Qabil cipta sejarah, raih emas kedua negara
- Hangzhou 2022: Shah Firdaus hadiah gangsa ketiga dari basikal trek
- Hangzhou 2022: Sharul Aimy menang gangsa, tamat penantian pingat 17 tahun dari gimnastik