comscore
Tumpuan :
Sukan

Hangzhou 2022: Skuad karate sumbang kilauan perak kata berpasukan wanita

HANGZHOU: Kontinjen negara merangkul satu lagi pingat  perak di hari kedua terakhir Sukan Asia ke-19 apabila skuad karate menaiki podium petang ini.

Trio diwakili Naccy Nelly Evvaferra Rojin, Niathalia Sherawinnie Yampil dan Lovelly Anne Robberth mara ke perlawanan akhir acara kata berpasukan wanita namun dihampakan Vietnam dalam pertarungan pingat emas.

Malaysia memperoleh 39 mata keseluruhan namun lawan kemudian memintas menerusi 42.70 sekaligus bergelar pemenang.

Skuad wanita sebelum itu melepasi pusingan awal dengan menundukkan Brunei dengan kelebihan tipis 0.60 mata.

Dengan kejayaan terbaharu ini, skuad karate menyumbang dua perak, juga dari Lovelly Anne yang mengakhiri saingan kata individu di tempat kedua semalam.

Setakat ini kontinjen negara mengumpul lima emas, tujuh perak dan 17 gangsa menjadikan keseluruhan berjumlah 29 pingat.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini