CHUN’AN: Kontinjen negara menambah dua lagi kilauan gangsa di Sukan Asia ke-19 di Hangzhou.
Kejayaan berganda itu disumbangkan pasukan basikal trek yang beraksi di Chun’an Jieshou Sports Centre kedua-duanya dari acara pecut berpasukan wanita (W) dan lelaki (L).
Trio dianggotai Nurul Aliana Syafika Azizan, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri dan Anis Amira Rosidi bertarung dengan Taiwan.
Malaysia mencatatkan kepantasan 49.022 saat untuk meraih tempat ketiga dengan Korea Selatan mendapat perak sementara China pula memenangi emas.
Dalam saingan lelaki pula Muhammad Fadhil Mohd Zonis, Muhammad Ridwan Sahrom dan Umar Hasbullah juga mengulangi pencapaian skuad wanita dengan menumpaskan lawan sama menerusi catatan 44.165 saat.