comscore
Tumpuan :
Sukan

Hangzhou 2022: Shereen tamat kemarau 17 tahun

Shereen menamatkan aksi final 400m wanita di tempat ketiga di Sukan Asia Hangzhou.

KUALA LUMPUR: Atlet 400 meter (m) negara, Shereen Samson Vallabuoy merangkul pingat gangsa dalam acara 400m di Stadium Olimpik Hangzhou, sebentar tadi.

Shereen menamatkan saingan dengan catatan 52.58s yang menyaksikan atlet Bahrain, Mujidat Adekonya memenangi pingat emas (50.66s) dan rakan senegara, Salwa Eid Naser merangkul perak dengan 50.92s.

Keputusan itu menyaksikan Shereen menamatkan kemarau pingat dalam sukan olahraga dalam tempoh 17 tahun sejak kali terakhir dimenangi atlet 400m lari berpagar, Noraseela Khalid yang memenangi gangsa pada 2006.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini