comscore
Tumpuan :
Sukan

Hangzhou 2022: Sharul Aimy menang gangsa, tamat penantian pingat 17 tahun dari gimnastik

HANGZHOU: Sejarah tersendiri dilakar atlet gimnastik artistik negara apabila Muhammad Sharul Aimy Mohd. Kamaru Hisam memenangi pingat gangsa acara melombol di Sukan Asia ke-19.

Kejayaan atlet berusia 22 tahun itu menyaksikan gimnastik kembali menjadi penyumbang pingat kontinjen negara selepas kali terakhir dilakukan pada 2006 di Doha oleh Ng Shu Wai yang membawa pulang perak acara sama.

Di Huanglong Sports Centre Gymnasium Sharul Aimy yang bertarung dengan lapan lagi mencabar melakukan lompatan baik di percubaan kedua sekaligus mengumpul 14.466 mata.

Naik ke kedudukan ketiga, podium sah menjadi milik negara selepas atlet terakhir Ng Ka Ki dari Hong Kong gagal memintasnya.

Wataru Tanigawa dari Jepun mengutip 15.016 mata keseluruhan selaku juara, manakala atlet Iran Mahdi Olfati meraih perak dengan catatan 14.783.

Loading...
Terkini