CHUN’AN: Kem basikal trek yang berlumba di hari terakhir sukan itu hari ini menambah satu pingat kontinjen negara.
Wakil tunggal Malaysia di peringkat akhir keirin Muhammad Shah Firdaus Sahrom menamatkan kayuhan di tempat ketiga sekaligus meraih gangsa.
Perlumbaan di Chun’an Jieshou Sports Centre itu ditandingi enam peserta menyaksikan atlet tuan rumah Zhou Yu membuat pecutan awal untuk memenangi pingat emas menerusi catatan 9.722 saat.
Tempat kedua milik Kang Seo Jun dari Korea Selatan diikuti Shah Firdaus yang memastikan kontinjen negara tetap menaiki podium pingat.
Ia merupakan kilauan gangsa kedua peribadi atlet berusia 27 tahun itu di temasya ke-19, selepas acara pecut semalam.
Selepas empat hari bersaing, skuad basikal trek menamatkan edisi kali ini membawa pulang empat gangsa, ditambah pecut berpasukan lelaki dan wanita.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Hangzhou 2022: Pelayar Asnawi hadiahkan pingat pertama negara
- Hangzhou 2022: Tengku Nurani Ezaty raih pingat gangsa kedua buat kontinjen negara
- Hangzhou 2022: Tan Cheong Min raih perak acara wushu
- Hangzhou 2022: Skuad basikal trek hadiah gangsa berganda
- Hangzhou 2022: Skuad e-sukan raih perak, akur kehebatan China
- Hangzhou 2022: Nur Shazrin sumbang pingat emas pertama buat negara
- Hangzhou 2022: Qabil cipta sejarah, raih emas kedua negara
- Hangzhou 2022: Shah Firdaus hadiah gangsa ketiga dari basikal trek
- Hangzhou 2022: Sharul Aimy menang gangsa, tamat penantian pingat 17 tahun dari gimnastik
- Hangzhou 2022: Skuad Sepak takraw Malaysia gagal lagi jinakkan Thailand
- Hangzhou 2022: Pasukan skuasy wanita ke perlawanan akhir, hampiri pingat emas