comscore
Tumpuan :
Sukan

Hangzhou 2022: Perjuangan atlet Malaysia kian memuncak

Foto: X Hannah Yeoh

HANGZHOU: Masih belum ada kemampuan untuk skuad sepak takraw negara untuk menyaingi musuh tradisi Thailand.

Itulah antara yang menjadi topik utama yang menjadi rumusan prestasi keseluruhan kontinjen negara pada saingan yang masuk hari keenam.

Apa rahsia Thailand yang masih gagal dirungkai pasukan negara atau Malaysia sudahpun memiliki senjata untuk menandingi lawan tetapi belum mampu memanfaatkannya.

Pada aksi final yang berlangsung di Pusat Sukan Gimnasium Jinhua itu, harapan peminat sukan negara melihat Malaysia sekurang-kurangnya tampil melawan sebelum tewas, nyata tidak kesampaian.

Malaysia tumpas 0-2, mengulangi cerita serupa edisi 2018 di Jakarta – Palembang, bagi Thailand pula ini pingat emas buat kali ketujuh berturut-turut sejak edisi 1998 di Bangkok.

Pada aksi final, Regu pertama Malaysia dibarisi Muhammad Noraizat Mohd Nordin, Farhan Adam dan Muhammad Haziq Hairul Nizam  manakala  Mohamad Azlan Alias, Amirul Zazwan Amir dan Mohammad Syahir Mohd Rosdi yang membentuk regu kedua.

Apapun pingat perak yang diraih diharap mampu menyemarakkan kembali penampilan skuad negara menerusi acara regu yang membuka tirai Khamis depan.

Bagi skuad basikal trek negara yang menamatkan perjuangan selepas empat hari bersaing, sudah tiba masanya, empat pingat gangsa berjaya dibawa pulang.

Mengakhiri  kayuhan terakhir pemburuan pingat negara menerusi pembawa jalur gemilang hari pembukaan Sukan Asia, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dalam acara keirin.

Muhammad Shah, 27 tahun, menang pingat gangsa kedua peribadi selepas melakukannya pada acara pecut.

Skuad basikal trek negara sebelum ini merangkul dua pingat gangsa menerusi acara pecut berpasukan lelaki dan wanita.

Di gelanggang gimnastik Huanglong Sports Centre Gymnasium , ada sesuatu yang agak istimewa, Muhammad Sharul Aimy menang gangsa acara melombol, sekaligus menamatkan  penantian pingat 17 tahun dari sukan itu dalam sejarah Sukan Asia.

Kali terakhir Malaysia membawa pulang pingat pada edisi 2006 di Doha menerusi Ng Shu Wai, sinonimnya acara sama.

Sharul Aimy yang bertarung dengan lapan lagi mencabar melakukan lompatan baik di percubaan kedua sekaligus mengumpul 14.466 mata, memintas pencabar terdekatnya dari Hong Kong, Ng Ka Ki.

Perjuangan atlet negara diteruskan esok dengan harapan disandarkan kepada beberapa acara final yang menyaksikan ada wakil negara.

Malaysia hanya beraksi singkat ketika mengatasi Korea Selatan di separuh akhir dan berdepan lawan sebenar Hong Kong di aksi penentuan juara berpasukan wanita esok. – FOTO: FollowWorld Squash (WSF)/ X

Perlawanan akhir skuasy berpasukan wanita, skuad negara bakal berdepan Hong Kong, tidak mustahil menewaskan juara bertahan itu dengan prestasi semasa pemain negara.

Atlet olahraga, Shereen Vallabouy pula berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir 400 meter selepas mengungulli acara saringan petang tadi.

Shereen mara ke final seleps menang acara saringan dengan kepantasan 52.89 saat.

Memang harapan kepada anak kepada bekas atlet kebangsaan, Josephine Mary ini memang tinggi apatah lagi Shereen adalah pemegang rekod kebangsaan mencipta kepantasan 51.80 saat.

Malaysia menamatkan cabaran hari ini di tangga ke-14 daripada 31 negara yang telah berjaya meraih pingat, dengan 13 pingat keseluruhan, 2 emas, 3 perak dan 8 gangsa.

Ayuh Malaysia! Teruskan perjuangan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini