comscore
Tumpuan :
Sukan

Hangzhou 2022: Peluang kontinjen negara tambah pingat hari ini

Pelengkap sasaran pungutan pingat negara, atlet karate Lovelly Anne Robberth berpeluang menambah pingat dalam acara kata berpasukan wanita hari ini.

HANGZHOU: Kontinjen Malaysia semalam berjaya melepasi sasaran 27 pingat dan kini meneruskan perjuangan untuk memburu pingat bonus.

Selepas 12 hari ‘berperang’ di bumi Hangzhou, semalam kontinjen negara mencetus senyuman di bibir peminat sukan tanah air apabila merangkul dua emas, dua perak dan satu gangsa sekali gus mengumpul lima emas, enam perak dan 17 gangsa secara keseluruhan atau sejumlah 28 pingat.

Atlet karate, Lovelly Anne Robberth mendapat pengiktirafan sebagai pelengkap sasaran selepas meraih pingat ke-27 negara apabila meraih perak acara kata individu wanita sesudah tewas kepada pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020, Kiyou Shimizu dari Jepun.

Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan membuat perhitungan dengan beregu utama India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty untuk mara ke penentuan pingat emas petang ini.- FOTO BAM

Di Gimnasium Binjiang, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya memastikan kem badminton tidak pulang tangan kosong buat kali kedua berturut-turut selepas menyingkirkan beregu tuan rumah semalam.

Mereka akan membuat perhitungan dengan beregu utama India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dalam usaha merebut tiket ke perlawanan penentuan pingat emas petang ini.

Selain badminton, cabaran negara pada Sukan Asia Hangzhou 2022 akan diteruskan dalam sukan ekuestrian, jiu-jitsu, sepak takraw, gimnastik berirama dan karate hari ini.

Pasukan hoki lelaki pula berdepan Pakistan bagi aksi penentuan tempat kelima selepas gagal mara ke separuh akhir sebagai dua pasukan teratas Kumpulan B.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini