comscore
Tumpuan :
Sukan

Hangzhou 2022: Pearly Tan dan M. Thinaah gagal ke separuh akhir

FOTO: BAM/ Facebook

HANGZHOU: Cabaran pemain badminton negara pada pusingan suku akhir terus hambar, menyaksikan beregu wanita Pearly Tan dan M. Thinaah pula tersingkir.

Pada saingan sebentar tadi, Pearly dan Thinaah tewas kepada pasangan Korea Selatan, Baek Ha Na dan Lee So Hee 15-21, 21-11, 21-7.

Kekalahan mereka meninggalkan beregu lelaki Aaron Chia dan Soh Wooi Yik sebagai wakil tunggal negara meneruskan cabaran.

Set pertama, Pearly dan Thinaah tampak bergelut memecah kombinasi Ha Na dan So Hee yang membawa status pasangan nombor dua dunia, apabila tewas 15-21.

Bagaimanapun Pearly dan Thinaah bangkit pada set kedua, menang 21-11 untuk mengheret saingan ke perlawanan penentuan.

Nyata Ha Na dan So Hee tidak lagi memberi ruang buat beregu negara pada set penentuan.

Mereka mudah menamatkan cabaran Pearly dan Thinaah menerusi kemenangan 21-7 untuk mengesahkan laluan ke separuh akhir.

Terdahulu, tiga wakil negara beregu campuran Chen Tang Jie/Toh Ee Wei serta dua perseorangan lelaki Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong turut terkandas di suku akhir.

| ARTIKEL BERKAITAN

 

Loading...
Terkini