HANGZHOU: Kontinjen negara berpeluang menambah satu lagi kilauan emas apabila skuad skuasy wanita melangkah ke perlawanan akhir acara berpasukan.
Malaysia yang berdepan Korea Selatan di peringkat separuh akhir di Pusat Skuasy Hangzhou Olympic Sports Park Expo Center merakam kemenangan 2-0.
Aifa Azman mengambil masa selama 20 minit sahaja mengenepikan cabaran Eum Hwa Yeong straight set menerusi permainan 11-4, 11-1 dan 11-8.
Seorang lagi pemain perseorangan, S. Sivasangari kemudian tidak mampu dicabar Lee Ji Hyun apabila mencatat 11-4, 11-4 dan 11-5 untuk mengesahkan tempat ke penentuan juara esok.
Skuad kendalian Ajaz Azmat dan Andrew Cross itu berpeluang memperbaiki pencapaian pingat gangsa di Jakarta-Palembang, namun berdepan juara bertahan Hong Kong jam 1 petang esok yang menewaskan India dalam satu lagi pertemuan separuh akhir siang tadi.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Hangzhou 2022: Pelayar Asnawi hadiahkan pingat pertama negara
- Hangzhou 2022: Tengku Nurani Ezaty raih pingat gangsa kedua buat kontinjen negara
- Hangzhou 2022: Tan Cheong Min raih perak acara wushu
- Hangzhou 2022: Skuad basikal trek hadiah gangsa berganda
- Hangzhou 2022: Skuad e-sukan raih perak, akur kehebatan China
- Hangzhou 2022: Nur Shazrin sumbang pingat emas pertama buat negara
- Hangzhou 2022: Qabil cipta sejarah, raih emas kedua negara
- Hangzhou 2022: Shah Firdaus hadiah gangsa ketiga dari basikal trek
- Hangzhou 2022: Sharul Aimy menang gangsa, tamat penantian pingat 17 tahun dari gimnastik
- Hangzhou 2022: Skuad Sepak takraw Malaysia gagal lagi jinakkan Thailand