HANGZHOU: Hasrat Kontinjen negara menyaksikan pasukan skuasy layak ke final dalam kedua-dua kategori berpasukan nampaknya tidak kesampaian.
Skuad lelaki gagal menuruti barisan wanita yang mara ke final apabila tewas di tangan India 0-2 pada aksi separuh akhir malam ini, sekaligus tidak mampu mempertahankan pingat emas yang diraih lima tahun lalu.
India mendahului menerusi Abhay Singh yang menewaskan Muhammad Addeen Indrakie Bahtiar 11-3, 12-10, 9-11, 11-6,
Harapan yang diletakkan kepada juara Asia dua kali, Ng Eain Yow menghidupkan kembali peluang Malaysia juga tidak menjadi kenyataan.
Eain Yow tewas kepada pemain nombor 19 dunia, Saurav Ghosal, dalam perlawanan tiga set, 8-11, 6-11, 10-2, 3-11.
“Kecewa kerana tidak ke final, tetapi banyak perkara positif yang boleh diambil daripada perlawanan hari ini dan saya akan bangkit dengan lebih kuat dalam acara individu minggu depan,”” kata Eain Yow.
India akan menentang Pakistan pada perlawanan akhir, esok. Pakistan sebelum itu menundukkan pemenang pingat perak tahun lalu, Hong Kong, 3-1 pada satu lagi aksi separuh akhir.
Manakala pada kategori wanita skuad negara akan menentang Hong Kong selepas mengalahkan Korea Selatan 2-0 pada saingan separuh akhir.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Hangzhou 2022: Pelayar Asnawi hadiahkan pingat pertama negara
- Hangzhou 2022: Tengku Nurani Ezaty raih pingat gangsa kedua buat kontinjen negara
- Hangzhou 2022: Tan Cheong Min raih perak acara wushu
- Hangzhou 2022: Skuad basikal trek hadiah gangsa berganda
- Hangzhou 2022: Skuad e-sukan raih perak, akur kehebatan China
- Hangzhou 2022: Nur Shazrin sumbang pingat emas pertama buat negara
- Hangzhou 2022: Qabil cipta sejarah, raih emas kedua negara
- Hangzhou 2022: Shah Firdaus hadiah gangsa ketiga dari basikal trek
- Hangzhou 2022: Sharul Aimy menang gangsa, tamat penantian pingat 17 tahun dari gimnastik
- Hangzhou 2022: Skuad Sepak takraw Malaysia gagal lagi jinakkan Thailand
- Hangzhou 2022: Pasukan skuasy wanita ke perlawanan akhir, hampiri pingat emas
- Hangzhou 2022: Shah Firdaus naik podium gangsa keirin