comscore
Tumpuan :
Nasional

Hangzhou 2022: Nur Dhabitah terlepas pingat ketiga berturut-turut

FOTO: Reuters

HANGZHOU: Momentum empat podium berturut-turut dilakar penerjun negara akhirnya terhenti pada hari ketiga acara itu berlangsung di Sukan Asia ke-19.

Malaysia yang mempunyai dua wakil menerusi Nur Dhabitah Sabri dan Ong Ker Ying tidak mampu meneruskan sumbangan pingat pada acara kelima iaitu 1M Papan Anjal Wanita siang tadi.

Nur Dhabitah yang sudah memiliki masing-masing satu perak dan gangsa dalam dua acara terawal disertainya berkedudukan ketiga di pusingan keempat terjunan.

FOTO: Reuters

Tetapi catatan 52 mata di terjunan terakhir menyebabkannya dipotong oleh Kim Suji yang meraih 58.50 mata.

Atlet berusia 24 tahun itu terpaksa akur turun ke tempat keempat, dipisahkan 5.25 mata dengan pencabar Korea Selatan itu yang mendapat gangsa.

Ke Ying pula ditangga ketujuh keseluruhan, mengumpul 219.45 mata di Hangzhou Olympic Sports Expo Center.

Dua penerjun tuan rumah Li Yajie dan Lin Shan merangkul emas dan perak dengan catatan 317.55 dan 303.80 mata.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini