HANGZHOU: Ketika kuartet 4×100 meter (m) wanita bagaikan bermimpi dikalungkan pingat gangsa perasaan berbeza yang terpaksa dihadapi kuartet lelaki.
Sekalipun kuartet dibarisi Azreen Nabila Alias, Zaidatul Husniah Zulkifli, Nur Afrina Batrisya Mohd Rizal dan Shereen Samson Vallabouy itu mendapat tempat keempat namun Bahrain yang sepatutnya memenangi pingat gangsa dibatalkan penyertaan.
“Apa sahaja boleh berlaku dalam acara berganti-ganti. Memang kami terkejut kerana selepas kembali ke bilik panggilan untuk mengambil beg, keputusan rasmi belum keluar, kata Zaidatul selaku pelari kedua negara yang mulanya sedih apabila gagal memperbaharui rekod kebangsaan.
“Sehinggalah atlet Bahrain datang mengucapkan tahniah kepada kami. Ini sesuatu yang kami tidak jangkakan sama sekali,” kata Zaidatul.
Zaidatul menyifatkan ia sebagai satu pencapaian yang tertinggi sekalipun catatan masa yang dilakukan tidak begitu memberangsangkan.
“Ini pingat gangsa yang sangat berharga kerana kami hanya menjangkakan dapat meraih tempat kelima pada final,” katanya.
Saingan 4x100m wanita itu menyaksikan pingat emas dimenangi kuartet China yang melakukan catatan 43.39 saat manakala Thailand di tempat ke tiga, 44.32 saat.
Cerita berbeza buat kuartet lelaki 4x100m gandingan Khairul Hafiz Jantan, Muhammad Arsyad Md Saat, Jonathan Nyepa dan Muhammad Azeem Fahmi, yang dibatalkan penyertaan.
Meskipun mendudukki tempat kelima mereka tetap ceria dengan catatan 39.19s membaiki masa 39.40s yang dilakukan pada saingan separuh akhir.
Namun kegembiraan mereka tidak lama apabila dikesan melakukan kesalahan TR17.3.1 iaitu pencerobohan lorong sekali gus menyaksikan kedudukan kelima kuartet negara menjadi milik kuartet Indonesia.
Pingat emas dimenangi China dengan catatan 38.29s sementara kuartet Jepun dengan catatan 38.44s memenangi pingat perak.
Gangsa menjadi milik Korea Selatan dengan catatan 38.74s.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Hangzhou 2022: Pelayar Asnawi hadiahkan pingat pertama negara
- Hangzhou 2022: Tengku Nurani Ezaty raih pingat gangsa kedua buat kontinjen negara
- Hangzhou 2022: Tan Cheong Min raih perak acara wushu
- Hangzhou 2022: Skuad basikal trek hadiah gangsa berganda
- Hangzhou 2022: Skuad e-sukan raih perak, akur kehebatan China
- Hangzhou 2022: Nur Shazrin sumbang pingat emas pertama buat negara
- Hangzhou 2022: Qabil cipta sejarah, raih emas kedua negara
- Hangzhou 2022: Shah Firdaus hadiah gangsa ketiga dari basikal trek
- Hangzhou 2022: Sharul Aimy menang gangsa, tamat penantian pingat 17 tahun dari gimnastik
- Hangzhou 2022: Skuad Sepak takraw Malaysia gagal lagi jinakkan Thailand
- Hangzhou 2022: Pasukan skuasy wanita ke perlawanan akhir, hampiri pingat emas
- Hangzhou 2022: Shah Firdaus naik podium gangsa keirin
- Hangzhou 2022: Pasukan skuasy lelaki terkandas di separuh akhir
- Hangzhou 2022: Perjuangan atlet Malaysia kian memuncak
- Hangzhou 2022: Skuad Skuasy wanita bangkit menang emas berpasukan
- Hangzhou 2022: Gandingan Dhabitah-Pandelela raih pingat gangsa
- Hangzhou 2022: Shereen tamat kemarau 17 tahun
- Hangzhou 2022: Syafiq-Tze Liang raih gangsa
- Hangzhou 2022: Azeem ketiga terpantas Asia
- Hangzhou 2022: Benam Singapura, Malaysian Tigress hidup kembali peluang ke separuh akhir
- Hangzhou 2022: Giliran beregu campuran, pemain perseorangan sambung misi tambah emas
- Hangzhou 2022: Wendy-Dhabitah pertahan pingat perak
- [VIDEO] Hangzhou 2022: Bertrand/Enrique akur raih gangsa terjun 10M platform seirama
- Hangzhou 2022: Kuartet lelaki 4×100 negara mara ke final
- Hangzhou 2022: Zii Jia catat kemenangan awal, ke pusingan kedua acara perseorangan
- Hangzhou 2022: Pasukan kriket lelaki lolos ke suku akhir, jumpa Bangladesh Rabu ini
- Hangzhou 2022: Aaron/Wooi Yik lepasi tentangan sengit Ching-Yao/Po-Han dalam 90 minit
- Hangzhou 2022: Kalau awak melepasi garisan tu, saya akan kejar awak – Zii Jia
- Hangzhou 2022: Skuad Dota 2 sumbang gangsa
- Hangzhou 2022: Nur Dhabitah terlepas pingat ketiga berturut-turut
- Hangzhou 2020: Muhammad Irfan kecewa pada aksi final Lempar Cakera
- Hangzhou 2022: Tze Yong atasi Kean Yew, ke pusingan ketiga perseorangan lelaki
- Hangzhou 2022: Pandelela raih gangsa kedua
- Hangzhou 2022: Sivasangari, Eain Yow mara ke separuh akhir, nyala peluang pingat emas perseorangan