comscore
Tumpuan :
Sukan

Hangzhou 2022: Lovelly Anne lengkapkan sasaran 27 pingat

Lovelly Anne

HANGZHOU: Acara karate yang membuka gelanggangnya hari ini menyaksikan kontinjen Malaysia ceria meraih pingat perak menerusi penampilan Lovelly Anne Robberth dalam acara kata.

Lebih manis, ia merupakan pingat ke 27 kontinjen negara, sekaligus sasaran yang telah diletakkan iaitu 27 pingat tanpa mengira warna sudah tercapai.

Lovelly pada saingan pusingan pertama kumpulan 1 menamatkan aksi di tempat kedua menerusi catatan 38.60 mata.

Mara ke pusingan kedua, persaingan empat peserta untuk ke final lebih sengit sebelum Lovelly tampil dengan persembahan memukau untuk berada di kedudukan teratas dengan jumlah 40.40 mata.

Sekaligus melayakkanya mara ke penentuan pingat emas menentang wakil Jepun, Kiyou Shimizu.

Teknik ‘Chibana No Kushanku’ yang digunapakai Shimizu agak sukar ditandingi Lovelly yang menggunakan teknik ‘Passai’.

Dan Shimizu diangkat sebagai pemenang pingat emas menerusi jumlah 42.60 mata, manaka Lovelly tetap ceria dengan pingat perak selepas mengumpul 39.80 mata.

Kejayaan Lovelly meraih perak menyaksikan sasaran 27 pingat kontinjen Malaysia telah tercapai walaupun temasya masih berbaki dua hari lagi.

Malaysia kini sudah mengumpul sebanyak 4 pingat emas,6 perak dan 17 gangsa, dana dijangka akan ada pertambahan jumlah pingat lagi hari ini menerusi acara skuasy individu lelaki yang akan menampilkan aksi Ng Eain Yow menentang wakil India, Saurav Ghosal untuk penentuan emas.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini