comscore
Tumpuan :
Sukan

Hangzhou 2022: Kontinjen negara perlu banyak dana untuk keputusan lebih baik – CDM

FOTO: NSTP

HANGZHOU: Kontinjen negara mampu menyumbang lebih banyak pingat pada temasya antarabangsa yang akan datang dengan sokongan yang lebih baik daripada pihak kerajaan.

Berakhir Sukan Asia  2022 atlet negara membawa pulang enam pingat emas, lapan perak dan 18 gangsa sekali gus melepasi sasaran 27 pingat yang disasarkan sebelum ini.

Pencapaian itu menyaksikan kontinjen negara menduduki tangga ke-14 daripada 45 negara dari segi kedudukan keseluruhan.

Mengulas mengenai pencapaian itu, ketua kontinjen ke Sukan Asia 2022, Datuk Chong Kim mengakui keputusan yang diraih pada temasya di Hangzhou itu adalah cerminan kepada senario sukan hari ini.

‘”Kami percaya keputusan lebih baik dapat dicapai seandainya beberapa sukan dapat diperkasakan dengan suntikan dana dan sokongan material serta moral daripada pihak kerajaan, khususnya Kementerian Belia dan Sukan dan agensi seperti Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN).

“Kontinjen Malaysia di semua temasya antarabangsa berkemampuan untuk memberi saingan bermutu tinggi dan dominan dalam beberapa disiplin tertentu.

“Syabas dan tahniah kita ucapkan kepada sukan seperti pelayaran, skuasy, ekuestrian, karate dan olahraga yang menyinari bumi Hangzhou dengan kilauan pingat,” kata Kim Fatt ketika merumuskan pencapaian Sukan Asia 2022 di sini, hari ini.

Kontinjen ke Sukan Asia 2022 membariskan 288 atlet adalah lebih kecil berbanding 417 atlet yang menyertai temasya 2018 di Jakarta-Palembang.

Disebabkan jumlah atlet tidak sebesar kontinjen ke Jakarta-Palembang 2018, nisbah atlet setiap pingat bertambah baik dengan satu pingat untuk sembilan atlet.

Dengan penyertaan 22 daripada 40 jenis sukan yang dipertandingkan, sebanyak 13 jenis sukan dikenal pasti sebagai sumber pingat iaitu terjun, badminton, berbasikal trek, ekuestrian, e-sukan, hoki, karate, memanah, olahraga, pelayaran, sepak takraw, skuasy dan wushu.

Hanya hoki lelaki yang gagal mengutip sebarang pingat pada temasya kali ini.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini