HANGZHOU: Sukan Asia Hangzhou ke-19 melabuhkan tirainya dengan upacara penutupan rasmi yang dijadual jam 7.45 malam ini, menyaksikan Malaysia menamatkan kedudukan di tangga ke-14 dengan meraih 32 pingat keseluruhan merangkumi enam emas, lapan perak dan 18 gangsa.
Memang di atas kertas berjaya melepasi sasaran 27 pingat tanpa warna yang ditetapkan dan mengekalkan kedudukan tangga ke-14, namun masih terlalu banyak yang perlu diperbaiki terutama apabila menghalusi pencapaian beberapa acara yang menjadi tumpuan dan sandaran.
Jika mahu dibuat perbandingan atau penilaian pencapaian pada edisi ke-18 di Jakarta-Palembang pada 2018, pada dasarnya apa yang dicapai secara keseluruhan oleh Kontinjen di negara di Hangzhou, bukanlah sesuatu boleh dibanggakan sangat.
Di Jakarta-Palembang 2018 merangkul Malaysia 36 pingat keseluruhan iaitu 7 emas, 13 perak dan 16 gangsa.
Malaysia meraih dua emas masing-masing menerusi tenping boling dan skuasy dan selebihnya dari acara basikal trek, sepak takraw antara regu, pelayaran.
Temasya di Hangzhou, skuasy menampilkan peningkatan meraih 3 pingat emas satu perak dan satu gangsa, pencapaian yang dilihat paling cemerlang.
Tiga lagi pingat emas menerusi sukan pelayaran, equestrian dan karate, bermakna pelayaran mengekalkan momentum pingat emas yang dimenangi di Jakarta Palembang 2018.
Namun Malaysia masih kekurangan empat untuk mencapai keseluruhan 36 pingat edisi 2018.
Mungkin ada yang berpendapat misi memburu pingat emas terjejas apabila China tidak menyenaraikan acara tenpin boling dan kecederaan Datuk Azizulhasni Awang yang menjejaskan misi memburu pingat emas negara.
Namun apakah jawapannya kepada ketandusan pingat dalam acara badminton, cuma satu pingat gangsa yang mampu dibawa pulang.
Sesuatu yang memang membimbangkan memandangkan ia acara yang menjadi sandaran memburu emas pertama di Sukan Olimpik Paris tahun hadapan yang menjurus kepada dominasi atlet badminton dalam program Road To Gold (RTG).
Pasti ada rombakan jawatankuasa RTG selepas ini, namun ia mesti dilakukan dalam kadar segera sambil mencari solusi tepat menuju misi memburu emas pertama Sukan Olimpik.
Sepak takraw sekali lagi menyaksikan Malaysia terus gagal mencabar Thailand
Acara berpasukan dan antara regu mudah dimenangi Thailand sekaligus ada yang membuat kesimpulan, skuad sepak takraw negara menang emas antara regu di Jakarta Palembang sekadar nasib dek kerana Thailand tidak mengambil bahagian.
Skuad hoki lelaki juga cukup mengecewakan.
Daripada sasaran pingat emas yang diletakkan, Malaysia sekadar di kedudukan ke-6, cuma mampu menunjukkan belang kepada lawan seperti Thailand, Indonesia dan Oman, namun tidak mampu mengatasi negara yang ada ‘sedikit’, nama seperti Korea Selatan, Pakistan mahupun China.
Selain pencapaian pingat perak 2018 gagal diperbaiki, kesempatan untuk meraih tiket automatik ke Sukan Olimpik Paris juga terlepas.
Apapun untuk lebih adil, ada juga pencapaian yang boleh dipuji di Hangzhou.
Skuasy dengan 3 emas dibawa pulang menerusi berpasukan wanita acara perseorangan lelaki dan wanita, cuma tidak bernasib dalam acara beregu campuran yang kali pertama diperkenalkan apabila meraih pingat perak dan satu gangsa menerusi acara berpasukan lelaki.
Acara pelayaran, karate dan ekuestrian juga membanggakan mampu menjelmakan emas meskipun tidak tergolong dalam sukan popular.
Begitu acara olahraga dengan 2 gangsa menerusi atlet yang berpangkalan di luar negara, menceritakan betapa pentingnya pendedahan dan latihan yang lebih sistematik.
Apapun masih ada ruang untuk menilai kepincangan di Hangzhou dengan sesi bedah siasat yang lebih telus dan pendekatan latihan dan persiapan selepas ini yang lebih efektif.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Hangzhou 2022: Pelayar Asnawi hadiahkan pingat pertama negara
- Hangzhou 2022: Tengku Nurani Ezaty raih pingat gangsa kedua buat kontinjen negara
- Hangzhou 2022: Tan Cheong Min raih perak acara wushu
- Hangzhou 2022: Skuad basikal trek hadiah gangsa berganda
- Hangzhou 2022: Skuad e-sukan raih perak, akur kehebatan China
- Hangzhou 2022: Nur Shazrin sumbang pingat emas pertama buat negara
- Hangzhou 2022: Qabil cipta sejarah, raih emas kedua negara
- Hangzhou 2022: Shah Firdaus hadiah gangsa ketiga dari basikal trek
- Hangzhou 2022: Sharul Aimy menang gangsa, tamat penantian pingat 17 tahun dari gimnastik
- Hangzhou 2022: Skuad Sepak takraw Malaysia gagal lagi jinakkan Thailand
- Hangzhou 2022: Pasukan skuasy wanita ke perlawanan akhir, hampiri pingat emas
- Hangzhou 2022: Shah Firdaus naik podium gangsa keirin
- Hangzhou 2022: Pasukan skuasy lelaki terkandas di separuh akhir
- Hangzhou 2022: Perjuangan atlet Malaysia kian memuncak
- Hangzhou 2022: Skuad Skuasy wanita bangkit menang emas berpasukan
- Hangzhou 2022: Gandingan Dhabitah-Pandelela raih pingat gangsa
- Hangzhou 2022: Shereen tamat kemarau 17 tahun
- Hangzhou 2022: Syafiq-Tze Liang raih gangsa
- Hangzhou 2022: Azeem ketiga terpantas Asia
- Hangzhou 2022: Benam Singapura, Malaysian Tigress hidup kembali peluang ke separuh akhir
- Hangzhou 2022: Giliran beregu campuran, pemain perseorangan sambung misi tambah emas
- Hangzhou 2022: Wendy-Dhabitah pertahan pingat perak
- [VIDEO] Hangzhou 2022: Bertrand/Enrique akur raih gangsa terjun 10M platform seirama
- Hangzhou 2022: Kuartet lelaki 4×100 negara mara ke final
- Hangzhou 2022: Zii Jia catat kemenangan awal, ke pusingan kedua acara perseorangan
- Hangzhou 2022: Pasukan kriket lelaki lolos ke suku akhir, jumpa Bangladesh Rabu ini
- Hangzhou 2022: Aaron/Wooi Yik lepasi tentangan sengit Ching-Yao/Po-Han dalam 90 minit
- Hangzhou 2022: Kalau awak melepasi garisan tu, saya akan kejar awak – Zii Jia
- Hangzhou 2022: Skuad Dota 2 sumbang gangsa
- Hangzhou 2022: Nur Dhabitah terlepas pingat ketiga berturut-turut
- Hangzhou 2020: Muhammad Irfan kecewa pada aksi final Lempar Cakera
- Hangzhou 2022: Tze Yong atasi Kean Yew, ke pusingan ketiga perseorangan lelaki
- Hangzhou 2022: Pandelela raih gangsa kedua
- Hangzhou 2022: Sivasangari, Eain Yow mara ke separuh akhir, nyala peluang pingat emas perseorangan
- Hangzhou 2022: Nasib berbeza dua kuartet negara
- Hangzhou 2022: Empat lagi pingat untuk capai sasaran
- Hangzhou 2022: Kem skuasy negara janjikan 3 emas esok
- Hangzhou 2022: Lee Zii Jia kandas di suku akhir
- Hangzhou 2022: Beregu campuran skuasy raih perak
- Hangzhou 2022: Sivasangari hadiahkan emas keempat Malaysia
- Hangzhou 2022: Lovelly Anne lengkapkan sasaran 27 pingat
- Hangzhou 2022: Skuasy sumbang emas ke-5 buat Malaysia
- Hangzhou 2022: Ng Tze Yong tewas dan cabaran perseorangan lelaki berakhir
- Hangzhou 2022: Pearly Tan dan M. Thinaah gagal ke separuh akhir
- Hangzhou 2022: Peluang kontinjen negara tambah pingat hari ini
- Hangzhou 2022: Pakistan tambah luka Speedy Tigers
- Hangzhou 2022: Skuad hoki lelaki sekadar di tempat ke-6
- Hangzhou 2022: Skuad sepak takraw mara ke final antara regu
- Hangzhou 2022: Skuad karate sumbang kilauan perak kata berpasukan wanita
- Hangzhou 2022: Badminton sekadar bawa pulang satu gangsa
- Hangzhou 2022: Peluang karate dan sepak takraw tambah pingat kontinjen negara
- Hangzhou 2022: Gagal pertahan emas, regu takraw sumbang perak ke-8 negara
- Hangzhou 2022: Arif curi tumpuan, layak ke penentuan pingat emas
- Hangzhou 2022: Nuraini pastikan Malaysia ke Paris
- Hangzhou 2022: Malaysia raih emas keenam dari Arif Afifuddin