comscore
Tumpuan :
Sukan

[VIDEO] Hangzhou 2022: Gandingan Dhabitah-Pandelela raih pingat gangsa

 

KUALA LUMPUR: Skuad terjun negara membuka gelanggang Sukan Asia Hangzhou 2022 dengan pingat gangsa menerusi gandingan Nur Dhabitah Sabri dan Datuk Pandelela Rinong Pamg dalam acara 10 meter platform seirama wanita, petang tadi.

Aksi Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri pada pusingan akhir acara terjun 10m pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 di pusat sukan akuatik Olimpik Hangzhou. – FOTO: NSTP

Berlangsung di Pusat Akuatik HOC, Nur Dhabitah dan Datuk Pandelela mengumpul mata ketiga tertinggi dalam lima terjunan dengan 266.94 mata keseluruhan.

Pingat emas acara itu diungguli wakil tuan rumah Quan Hongchan dan Chen Yuxi yang mencatat 375.30 mata sementara Arai Amtsuri dan Itahashi Minami dari Jepun bawa pulang pingat perak menerusi 290.04 mata.

Hanya lima penerjun beraksi di peringkat akhir.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini