comscore
Tumpuan :
Sukan

Hangzhou 2022: Gagal pertahan emas, regu takraw sumbang perak ke-8 negara

Aksi pertarungan final antara regu sepak takraw Sukan Asia Hangzhou antara Malaysia dengan Thailand di Jinhua, China hari ini. Malaysia tewas 21-15, 21-19. – Foto NSTP

JINHUA : Skuad sepak takraw negara menyumbang satu lagi pungutan pingat perak apabila tewas kepada musuh tradisi, Thailand dalam perlawanan akhir acara regu sebentar tadi.

Regu yang dibarisi Zarif Marican Ibrahim (tekong), Amirul Zazwan Amir (apit kiri) dan Azlan Alias (perejam) tewas dengan dua set, 15-21 dan 19-21.

Tewas di set pertama 15-21, regu negara memberi tentangan sengit pada set kedua, menyaksikan mereka mendahului lawan 17-16 sebelum tewas 19-21.

Regu negara Mohamad Azlan Alias, Amirul Zazwan Amir dan Muhammad Zarif Marican mendengar arahan daripada jurulatih ketika rehat antara set. – Foto NSTP

Pada Sukan Asia edisi lalu, Malaysia memenangi emas selepas Thailand tidak menghantar penyertaan untuk acara regu.

Ini perak kedua disumbang sukan sepak takraw selepas tewas kepada pasukan sama minggu lepas dalam acara berpasukan.

Pasukan bimbingan Ahmad Jasi Baharun itu mara ke final Regu selepas mengatasi Filipina 2-0 dalam aksi separuh akhir di Gimnasium Pusat Sukan Jinhua.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini