HANGZHOU: Hari kesepuluh nyata penuh berliku buat kontingen negara apabila sekadar menambah dua pingat gangsa menerusi acara terjun dan olahraga.
Namun itu nampaknya sudah memadai untuk menghampiri sasaran ‘selamat’ yang ditetapkan iaitu 27 pingat tanpa warna yang ditetapkan sebelum melangkah ke temasya kali ke-19 ini.
Kini cuma tinggal 4 pingat sahaja lagi menjadi buruan atlet negara.
Berdasarkan beberapa acara yang berlangsung, sasaran 27 pingat itu, secara tidak rasmi sudah pun dianggap tercapai selepas tiga atlet skuasy yang berjaya melayakkan diri ke separuh akhir dalam acara individu sudah mengesahkan pingat gangsa.
Itu belum mengambil kira acara badminton dan karate yang memperlihatkan peluang buat kontinjen negara menambah pingat.
Memasuki hari ke-11 hari ini, antara tumpuannya aksi individu badminton pertemuan Lee Zii Jia menentang juara dunia Vitisarn Kunlavut pada pusingan 16 terbaik di Gimnasium Binjiang.
Seorang lagi pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong turut berdepan lawan dari Thailand, Wangcharoen Kantaphan.
Kelibat Tze Yong kini mula mula menarik perhatian apabila mengejutkan bekas juara dunia dari Singapura, Loh Kean Yew semalam.
Manakala tiga pemain skuasy negara yang beraksi pada separuh akhir petang ini ialah pemain perseorangan S.Sivasangari dan Ng Eain Yow serta beregu campuran gandingan Mohammad Syafiq Kamal dan Aifa Azman.
Yang pasti tekanan untuk mencapai sasaran 27 pingat sudah reda, cuma inilah masanya buat atlet untuk membuktikan mereka juga sebenarnya mampu untuk mengatasi 36 pingat yang diraih pada edisi ke-18 Sukan Asia di Jakarta Palembang.
Lebih spesifik mengatasi kutipan 7 emas 13 perak dan 16 gangsa.
Ayuh, Malaysia boleh.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Hangzhou 2022: Pelayar Asnawi hadiahkan pingat pertama negara
- Hangzhou 2022: Tengku Nurani Ezaty raih pingat gangsa kedua buat kontinjen negara
- Hangzhou 2022: Tan Cheong Min raih perak acara wushu
- Hangzhou 2022: Skuad basikal trek hadiah gangsa berganda
- Hangzhou 2022: Skuad e-sukan raih perak, akur kehebatan China
- Hangzhou 2022: Nur Shazrin sumbang pingat emas pertama buat negara
- Hangzhou 2022: Qabil cipta sejarah, raih emas kedua negara
- Hangzhou 2022: Shah Firdaus hadiah gangsa ketiga dari basikal trek
- Hangzhou 2022: Sharul Aimy menang gangsa, tamat penantian pingat 17 tahun dari gimnastik
- Hangzhou 2022: Skuad Sepak takraw Malaysia gagal lagi jinakkan Thailand
- Hangzhou 2022: Pasukan skuasy wanita ke perlawanan akhir, hampiri pingat emas
- Hangzhou 2022: Shah Firdaus naik podium gangsa keirin
- Hangzhou 2022: Pasukan skuasy lelaki terkandas di separuh akhir
- Hangzhou 2022: Perjuangan atlet Malaysia kian memuncak
- Hangzhou 2022: Skuad Skuasy wanita bangkit menang emas berpasukan
- Hangzhou 2022: Gandingan Dhabitah-Pandelela raih pingat gangsa
- Hangzhou 2022: Shereen tamat kemarau 17 tahun
- Hangzhou 2022: Syafiq-Tze Liang raih gangsa
- Hangzhou 2022: Azeem ketiga terpantas Asia
- Hangzhou 2022: Benam Singapura, Malaysian Tigress hidup kembali peluang ke separuh akhir
- Hangzhou 2022: Giliran beregu campuran, pemain perseorangan sambung misi tambah emas
- Hangzhou 2022: Wendy-Dhabitah pertahan pingat perak
- [VIDEO] Hangzhou 2022: Bertrand/Enrique akur raih gangsa terjun 10M platform seirama
- Hangzhou 2022: Kuartet lelaki 4×100 negara mara ke final
- Hangzhou 2022: Zii Jia catat kemenangan awal, ke pusingan kedua acara perseorangan
- Hangzhou 2022: Pasukan kriket lelaki lolos ke suku akhir, jumpa Bangladesh Rabu ini
- Hangzhou 2022: Aaron/Wooi Yik lepasi tentangan sengit Ching-Yao/Po-Han dalam 90 minit
- Hangzhou 2022: Kalau awak melepasi garisan tu, saya akan kejar awak – Zii Jia
- Hangzhou 2022: Skuad Dota 2 sumbang gangsa
- Hangzhou 2022: Nur Dhabitah terlepas pingat ketiga berturut-turut
- Hangzhou 2020: Muhammad Irfan kecewa pada aksi final Lempar Cakera
- Hangzhou 2022: Tze Yong atasi Kean Yew, ke pusingan ketiga perseorangan lelaki
- Hangzhou 2022: Pandelela raih gangsa kedua
- Hangzhou 2022: Sivasangari, Eain Yow mara ke separuh akhir, nyala peluang pingat emas perseorangan
- Hangzhou 2022: Nasib berbeza dua kuartet negara