comscore
Tumpuan :
Sukan

Hangzhou 2022: Badminton sekadar bawa pulang satu gangsa

HANGZHOU: Satu gangsa, itulah yang hanya mampu dibawa pulang skuad badminton negara yang menamatkan kempen Sukan Asia kali ini menerusi acara individu, beregu lelaki sebentar tadi.

Gandingan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik nyata beraksi di bawah keupayaan sebenar apabila tewas kepada pasangan India, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty pada saingan separuh akhir.

Cuma set pertama nampak sengit, itupun pada kedudukan 10-10 dan selepas itu gandingan India menguasai perlawanan dan ketika mereka mendahului 20-14 baharu ada sedikit kebangkitan yang cuba dilakukan beregu negara.

Namun segala-galanya jelas terlewat apabila Reddy dan Shetty mengakhiri tentangan Aaron dan Wooi Yik dengan kemenangan 21-17.

Kebangkitan yang diharapkan pada set kedua juga tidak kesampaian buat Aaron dan Wooi Yik.

Sebaliknya kawalan yang ditampilkan beregu India cukup kemas dengan serangan yang kerap memerangkap gandingan negara.

India pantas mendahului 11-3 dan ketika mereka mencecah mata penamat, Malaysia bergelut meraih 10 mata.

Cabaran Malaysia berakhir apabila India menamatkan set kedua 21-12.

Pada perlawanan akhir esok, Reddy dan Shetty yang berada pada kedudukan ke-3 dunia akan menentang beregu nombor 15 dunia, Korea Selatan, Choi Sol Gyu dan Kim Won Ho.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini