comscore
Tumpuan :
Sukan

Hangzhou 2022: Aaron/Wooi Yik lepasi tentangan sengit Ching-Yao/Po-Han dalam 90 minit

Aaron/Wooi Yik berjaya mengelak penyingkiran awal semasa menentang Ching-Yao/Po-Han dari Taiwan di pusingan pertama acara beregu Sukan Asia 2022. – Facebook Badminton Association of Malaysia (BAM)

HANGZHOU: Satu lagi wakil badminton negara menempat tempat di peringkat kedua Sukan Asia ke-19 hari ini.

Ia diraih beregu lelaki, Aaron Chia/Soh Wooi Yik yang dipaksa bermain selama satu jam tiga puluh minit Binjiang Gymnasium, Hangzhou ketika menentang Taiwan.

Lu Ching-Yao/Yang Po-Han menampilkan aksi berkualiti dari set pertama lagi dengan sentiasa mengejar mata wakil negara, hinggalah mencatat 23-21 di awal permainan.

Aaron/Wooi Yik kemudian tampil lebih agresif selepas itu, sekali gus mencapai angka 21 berbalas 12.

Pertarungan kedua-duanya kembali sengit dan mendebarkan di set penentuan apabila mata saling rapat.

Di sebalik tekanan tinggi yang dimiliki sebagai juara dunia 2022, pemain negara berjaya juga meraih mata kemenangan 23-21 dalam permainan yang memakan masa 34 minit.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini