comscore
Tumpuan :
Sukan

Hangzhou 2020: Muhammad Irfan kecewa pada aksi final Lempar Cakera

HANGZHOU: Atlet lempar cakera, Muhammad Irfan Shamsuddin gagal menampilkan persembahan terbaiknya apabila sekadar menamatkan kedudukan di tangga keenam pada acara akhir malam ini.

Saingan kemuncak  yang berlangsung di Stadium Olimpik Hangzhou itu menyaksikan penguasaan atlet Iran yang mendudukki dua tempat teratas.

Rasouli Hossein melakukan lemparan sejauh  62.04 meter untuk meraih pingat emas manakala rakannya Hadadi Ehsan memenangi pingat gangsa menerusi catatan 61.28 meter.

Atlet tuan rumah Abuduaini Tuergong  pula memenangi pingat gangsa  dengan lemparan sejauh  61.91 meter.

Sebelas  atlet daripada 10 negara bersaing pada aksi final yang jelas memperlihatkan Muhammad Irfan bergelut melakukan lemparan terbaiknya apabila sekadar mencatat  58.94 meter.

Irfan antara atlet harapan negara di Hangzhou dengan reputasi Raja Lempar cakera  Asia Tenggara apabila memenangi pingat emas enam kali berturut-turut pada Sukan Sea bermula pada  temasya edisi 2013 di Naypyidaw.

Atlet kelahiran Negeri Sembilan itu juga adalah pemegang rekod kebangsaan dengan lemparan sejauh 62.55 meter yang dicatat pada 2017.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini