comscore
Tumpuan :
Sukan

Hafizh Syahrin sambar podium di Sepang

Oleh: Hasnida Hanim Ahmad Kamil

SEPANG: Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah, meraih podium selepas menamatkan Perlumbaan 2 Pusingan 5 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2024 di tempat ketiga di Litar Antarabangsa Sepang, sebentar tadi.

Memulakan saingan di petak utama Hafizh Syahrin bagaimanapun dipintas oleh dua pelumba lain iaitu Yuki Kunii dari Jepun (SDC TEAM HRC) dan pelumba Thailand Nakarin Atiratphuvapat (HONDA ASIA-DREAM RACING).

Sekaligus terus kekal di kedudukan itu menamatkan saingan di kelompok tiga terbaik.

Pelumba berusia 30 tahun itu kini mengumpul 137 mata selepas lima perlumbaan untuk berada di kedudukan ketiga carta pelumba

Dalam pada itu, seorang lagi pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman, terpaksa berkerja keras untuk menamatkan saingan di kedudukan keempat bersama jenteranya BMW M1000RR.

Dia mengumpul 115 mata secara keseluruhan selepas lima perlumbaan dan selepas meraih podium tempat kedua dalam Perlumbaan 1 semalam.

Pusingan keenam akan berlangsung di Litar Buriram, Thailand pada 6 hingga 8 Disember nanti.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini