comscore
Tumpuan :
Sukan

GP Valencia sah dibatalkan, Malaysia tiada dalam senarai pengganti

FOTO: Reuters

SEPANG: Perlumbaan penutup tirai MotoGP musim 2024 yang dijadual berlangsung di Grand Prix (GP) Valencia, Sepanyol pada 15 hingga 17 November ini sah dibatalkan.

Perkembangan itu diumumkan oleh pemegang hak penganjuran perlumbaan berprestij itu, Dorna dengan keputusan diumumkan selepas mesyuarat di GP Malaysia, hari ini.

Valencia berdepan bencana banjir teruk pada minggu ini yang bukan saja mengakibatkan kerosakan harta benda namun turut membabitkan kehilangan nyawa dan antara fasiliti berdepan kemusnahan adalah Litar Ricardo Tormo.

Situasi itu menyaksikan Dorna kini perlu mencari venue gantian kepada Valencia.

Begitupun, Malaysia yang pada awalnya dikhabarnya menjadi salah satu calon pengganti difahamkan tidak berada dalam senarai Dorna.

“Selepas melakukan pertimbangan dengan teliti impak positif perlumbaan MotoGP di Valencia sama ada membabitkan penundaan berbanding memastikan tiada satu pun sumber dialihkan daripada usaha pemulihan dengan kehadiran MotoGP, kejuaraan dan pihak berkuasa tempatan memutuskan membatalkan GP Valencia 2024.

“Sebagai ganti perlumbaan di Valencia, MotoGP sebaliknya akan berlumba untuk Valencia.

“Kejuaraan akan meletakkan usaha kolektif kami untuk menyokong dengan dana bantuan sudah pun tersedia untuk memastikan impak positif kami dapat berhubung dengan kawasan terjejas dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada penduduk dan komuniti yang menjadi sebahagian daripada kami sejak sekian lama,” kata Dorna menerusi kenyataan rasmi.

Sejak bertahun-tahun, GP Valencia secara tradisinya menjadi destinasi pusingan penutup tirai MotoGP yang kebiasaannya menjadi penentu kepada kejuaraan dunia MotoGP.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini