Tumpuan :
Sukan

Gol tunggal Sri Pahang bantu kekal rekod tanpa kalah

Nor Azam (tengah) dihalang pemain Kuching City pada aksi Liga Super di Stadium Negeri. – FOTO: MFL/Facebook

KUALA LUMPUR: Sri Pahang FC (SPFC) mengekalkan rekod tanpa kalah selepas pemain tengah kebangsaan, Nor Azam Azih menjaringkan gol tunggal perlawanan pada aksi menentang Kuching City FC di Stadium Negeri, sebentar tadi.

Sementara Kuching City FC terus gagal meraih kemenangan dalam lapan perlawanan.

Kedua-dua pasukan memperagakan rentak dan aksi seimbang dengan merencana beberapa gerakan bagi mendapatkan gol.

Tuan rumah menguji gawang SPFC menerusi percubaan Celio Santos pada minit ke-33 namun tidak cukup untuk mengancam gawang kawalan Izham Tarmizi Roslan.

Bersambung babak kedua, gol yang ditunggu ‘muncul’ namun buat SPFC apabila rembatan deras Nor Azam menewaskan Norazlan Razali pada minit ke-57 untuk gol tunggal pelawat.

Ia juga adalah gol pertama Nor Azam musim ini.

Ketangkasan Izham Tarmizi memastikan SPFC membawa pulang mata penuh apabila berjaya menepis percubaan Aylton Ferreira pada minit akhir perlawanan.

Loading...
Terkini