PARIS : Arsenal mengekalkan permulaan sempurna mereka di Liga Europa selepas Bukayo Saka meledak gol kemenangan ketika menewaskan Bodo/Glimt 1-0 di tempat lawan, awal pagi tadi.
Saka menjaringkan gol pada pertengahan separuh masa pertama di Norway untuk memberikan The Gunners kemenangan ketiga berturut-turut dalam saingan Kumpulan A.
Dengan kemenangan itu, Arsenal kini mempunyai kelebihan dua mata di tangga teratas berbanding PSV Eindhoven, yang membelasah FC Zurich 5-0.
Bodo/Glimt pula mengumpul empat mata selepas empat perlawanan.
Kemenangan ke-11 Arsenal dalam 12 perlawanan itu di semua pertandingan pada musim ini mencerahkan peluang mereka untuk mara ke pusingan kalah mati. – AFP