comscore
Tumpuan :
Sukan

Glasgow sah tuan rumah Sukan Komanwel 2026

KUALA LUMPUR: Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) mengesahkan secara rasmi Glasgow sebagai bandar tuan rumah Sukan Komanwel 2026.

Edisi ke-23 Sukan Komanwel akan berlangsung di Scotland bermula 23 Julai sehingga 2 Ogos 2026, sekali gus kembali ke bandar itu 12 tahun selepas kejayaan menganjurkan Sukan Komanwel edisi 2014.

Glasgow 2026 akan menampilkan program 10 sukan yang akan diadakan di empat venue sekitar radius 12.8 kilometer (km) bagi memastikan jadual yang padat sepanjang hari pertandingan dan menjadikan acara itu mudah diakses serta menarik penonton yang ingin menikmati suasana pelbagai pertandingan sukan.

Lebih daripada 500,000 tiket akan disediakan dengan kira-kira 3,000 atlet terbaik bakal bersaing membabitkan 74 negara dan wilayah Komanwel yang mewakili 2.5 bilion orang – satu pertiga daripada populasi dunia.

Sukan Para akan digabungkan sekali dengan enam acara Sukan Para akan dipertandingkan.

Program sukan itu akan merangkumi olahraga dan para olahraga (trek & padang), renang dan para renang, gimnastik artistik, berbasikal trek dan para berbasikal trek, bola jaring, angkat berat dan para powerlifting, tinju, judo, boling padang dan boling padang para serta bola keranjang 3×3 dan bola keranjang kerusi roda 3×3.

Temasya kali ini akan berlangsung di empat venue iaitu Stadium Scotstoun, Pusat Renang Antarabangsa Tollcross, Arena Emirates – termasuk Velodrom Sir Chris Hoy dan Scottish Event Campus (SEC).

Penginapan untuk atlet dan kakitangan sokongan akan ditempatkan di hotel.

Sebelum ini, Victoria, Australia menarik diri daripada menganjurkan temasya sukan yang berlangsung empat tahun sekali itu atas alasan peningkatan kos penganjuran.
CGF kemudian menawarkan kepada Malaysia untuk menjadi tuan rumah, namun pihak kerajaan Malaysia menolaknya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini