Tumpuan :
Sukan

Girona kecewa kesilapan penjaga gol

Mendes cipta gol kemenangan PSG tewaskan Girona 1-0.- FOTO: Reuters

PARIS: Kesilapan penjaga gol  Paulo Gazzaniga nyata mengecewakan Girona pada penampilan sulung mereka pada saingan Liga Juara-Juara yang menyaksikan mereka tewas 0-1 kepada Paris Saint-Germain (PSG) awal pagi tadi.

PSG menguasai lebih 60 peratus dan melakukan 24 percubaan ke gawang tampak akan dikecewakan oleh lawan mereka di Parc des Princes sehingga hantaran lintang Nuno Mendes yang rendah melalui bawah Gazzaniga memasuki ke gawang pada minit ke-90.

Ia adalah pengakhiran mengecewakan buat Girona dalam Liga Juara-Juara yang layak ke pentas Eropah buat kali pertama dalam sejarah selepas menduduki tempat ketiga La Liga musim lalu.

Manakala PSG terlepas peluang demi peluang pada separuh masa kedua dan bersedia dengan keputusan seri sama seperti kekalahan separuh akhir mereka kepada Borussia Dortmund musim lalu ketika mereka gagal menjaringkan gol dalam kedua-dua perlawanan.

Bagaimanapun, gol lewat perlawanan itu membolehkan skuad bimbingan Luis Enrique meneruskan permulaan sempurna yang menyasarkan melangkah lebih jauh daripada musim lalu apabila terkandas di separuh akhir.

“Girona bertahan dengan sangat baik dan menunjukkan mengapa musim lalu mereka memimpin La Liga begitu lama.

“Mereka adalah pasukan yang lebih baik daripada kebanyakan pasukan dalam kelompok kedua atau ketiga malah dalam kelompok pertama juga.

“Tetapi kami jauh lebih baik pada separuh masa kedua. Kami mendapat sedikit tuah dengan gol itu tetapi saya rasa kami layak untuk kemenangan ini,” kata Enrique.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini