comscore
Tumpuan :
Sukan

Giliran Singapura menjadi mangsa Malaysia 

KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak bawah 19 tahun kebangsaan menepati ramalan apabila menewaskan Singapura 5-0 pada aksi kedua kumpulan C Kejuaraan B-19 ASEAN 2024 di Stadium Gelora, Surabaya, Indonesia.

Selaku juara bertahan, barisan anak buah Juan Torres Garrido tiada masalah untuk mendahului 3-0 pada babak pertama menerusi jaringan Ridzwan Rosli seawal minit ketujuh, diikuti jaringan Naim Zainudin (minit ke-12) serta satu gol disumbangkan G. Pavithran pada masa kecederaan babak pertama.

Bersambung selepas rehat, gawang Singapura terus bocor menerusi Farish Danish yang meledak gol keempat pada minit ke-73 sebelum Izzat Syahir melengkapkan kemenangan bergaya 5-0 pada minit ke-82.

Kemenangan itu menyaksikan Malaysia kekal menerajui kumpulan C selepas mengumpul enam mata hasil daripada dua kemenangan tanpa bolos.

Skuad negara akan menutup aksi kumpulan berdepan pencabar lebih sengit iaitu Thailand pada Khamis ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini