Tumpuan :
Sukan

Giliran Heberty jadi wira JDT atasi TFC

FOTO: JOHOR Southern Tigers/ Facebook

Oleh: Saiyed Ismail Saiyed Hussin

ISKANDAR PUTERI: Tiket pertama finalis Piala Malaysia musim ini menjadi milik Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas melengkapkan aksi separuh akhir sebentar tadi.

Harimau Selatan mara dengan merakam agregat 6-1 ke atas Terengganu (TFC), hasil kemenangan 2-1 pada perlawanan timbal balik di Stadium Sultan Ibrahim.

Heberty Fernandes muncul wira tuan rumah apabila menyumbang jaringan pendahuluan minit (m) ke-32 sebelum menghasilkan gol kemenangan di masa kecederaan.

FOTO: JOHOR Southern Tigers/ Facebook

Ismaheel Akinade pula menyalakan semangat perjuangan anak buah Badrul Afzan Razali dengan penyudah m-59, namun dikecewakan oleh jaringan pemisah pada penghujung permainan.

Kejayaan itu memastikan JDT melangkah ke perlawanan akhir kelima berturut-turut sejak 2019.

Skuad bimbingan Hector Bidoglio itu menanti pemenang satu lagi separuh akhir esok diantara Sri Pahang atau Sabah FC pada aksi penentuan juara edisi ke-98 dijadual April depan untuk memperhankan kejuaraan ketiga berturut-turut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini