comscore
Tumpuan :
Sukan

Giliran Britain kecewakan Young Tigers

FOTO: Johor Hockey Association/ Facebook

Oleh: Saiyed Ismail Saiyed Hussin

JOHOR BAHRU: Hasrat pasukan hoki remaja negara merakam kemenangan pertama di Piala Sultan Johor terbantut lagi apabila tumpas di tangan Britain.

Skuad bimbingan I. Vickneswaran itu turun dalam aksi keempat di Stadium Hoki Johor, Taman Daya membawa misi mencari keputusan positif namun bertukar sebaliknya.

Gawang mereka bolos ditembusi Kaden Draysey yang menyempurnakan penalti minit (m) ke-15.

Gerakan padang Che Nur Aqilrullah Che Mohd Khairulzi Anwar dua minit kemudian disudahkan dengan baik untuk menyamakan keadaan.

Pemain negara mempunyai beberapa peluang keemasan menambah jaringan namun gagal memanfaatkan kesempatan.

Monty Neave kemudian tampil meledak jaringan padang kemenangan lawan m-53 sekaligus menyebabkan Malaysia mengalami kekalahan keempat berturut-turut.

Young Tigers yang terus kekal di tangga terbawah dijadual berdepan satu lagi tugasan getir menentang juara dua kali Australia di venue sama Jumaat ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini