comscore
Tumpuan :
Sukan

Gaji lambat punca pemain Kelantan bergaduh dengan isteri

NORIZAM membalasnya dengan menyatakan hal rumah tangga pemain itu bukan urusan kelab. – FOTO: Arkib NSTP

KUALA LUMPUR: “Kalau gaji ‘OK’ masuk setiap bulan, saya takkan ada hal peribadi termasuk bergaduh dengan isteri”.

Demikian situasi yang mengganggu kehidupan rumah tangga seorang lagi pemain Kelantan FC yang enggan namanya didedahkan apabila mengakui sering bergaduh dengan isterinya ekoran kelewatan gaji oleh pengurusan The Red Warriors (TRW).

Katanya, dia ada menghubungi pemilik TRW, Norizam Tukiman namun dia dimarah, malah diminta supaya memohon penamatan kontrak.

“Dalam kontrak saya gaji RM1,000 ke…saya nak Raya (Hari Raya Aidilfitri). Saya dah bergaduh dengan isteri saya.

“Kalau gaji masuk setiap bulan, isteri saya takkan bising-bising tapi disebabkan tak ada, isteri saya bising,” kata pemain itu kepada Norizam.

Bagaimanapun, Norizam membalasnya dengan menyatakan hal rumah tangga pemain itu bukan urusan kelab.

“Itu hal ko (engkau)…ko punya peribadi ko jangan masukkan dalam kelab,” kata pemilik kelab itu.

Norizam juga didakwa meminta pemain itu mohon untuk menamatkan kontrak secara sebelah pihak bagi mengelak kelab itu membayar pampasan baki kontrak kepada pemain berkenaan.

“Hari itu bos (Norizam) cakap lain, bos setuju untuk tamatkan kontrak secara bersama. Tapi nak suruh saya pula yang memohon.

“Jangan cakap pusing-pusing. Saya nak surat penamatan secara bersama,” katanya.

Difahamkan gaji pemain TRW sering lewat dan adakalanya pembayaran dikreditkan separuh saja daripada gaji penuh.

Situasi itu nyata menyukarkan kehidupan pemain yang memiliki komitmen setiap bulan untuk membayar pinjaman kereta, pinjaman rumah serta keperluan lain bagi menanggung keluarga.

Loading...
Terkini