comscore
Tumpuan :
Sukan

Futsal: Selangor gagal halang JDT raih gelaran futsal berganda

Foto: Football Association of Malaysia

Oleh: Saiyed Ismail Saiyed Hussin

BUKIT JALIL: Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul juara baharu futsal Piala Malaysia selepas menewaskan Selangor di perlawanan akhir.

Kejayaan menjulang trofi kedua itu melengkapkan musim terbaik mereka selepas turut menjuarai aksi Liga Perdana.

Skuad bimbingan  Juan Antonio Miguel Garcia itu mendahului seawal minit (m) keempat di Arena Axiata hasil penyudah Bruno Taffy.

Penyudah Syahir Iqbal m-17 menjadikan kedudukan 1-1 sebelum gol Firdaus Ambiah m-27 disusuli jaringan Azwann Ismail m-33 kembali meletakkan Harimau Selatan di ambang kejuaraan.

Foto: Football Association of Malaysia

Aidil Shahril Rosli cuba menyemarakkan sisa kebangkitan anak buah Edgar Eder Baldasso namun keputusan 3-2 kekal hingga tamat permainan.

JDT memenangi Piala Malaysia buat kali pertama sekaligus mengubati kekecewaan bergelar naib juara edisi kedua tahun lalu berikutan kalah menerusi penalti kepada Pahang Rangers.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini