comscore
Tumpuan :
Sukan

Fernandes mula ragu masa depan di Old Trafford

Kapten kelab Manchester United, Bruno Fernandes. FOTO: Reuters

LONDON: Bruno Fernandes memberi bayangan dia mungkin menimbang untuk meninggalkan Manchester United hanya sehari selepas laporan menyebut kelab itu akan menjual majoriti skuad mereka dalam rombakan besar-besaran pada musim panas akan datang.

Kapten kelab, Fernandes salah seorang yang bertindak cemerlang di sebalik kempen hambar, menjaringkan 15 gol dalam 45 penampilan bagi semua pertandingan dan membuat umpanan 11 gol.

Erik ten Hag memenangi Piala Liga dan mengemudi United ke tangga ketiga pada musim sulungnya dalam Liga Perdana Inggeris.

Namun beliau mengharungi mimpi ngeri pada kempen keduanya di Old Trafford.United bergelut di tangga keenam dalam liga, tersingkir daripada Liga Juara-Juara pada peringkat kumpulan dan kempen mempertahankan Piala Liga berakhir lebih awal.

Menjadi penawar United layak ke final Piala FA bagi musim kedua berturut-turut selepas terselamat daripada ‘kejutan’ Coventry, peluang United untuk mengatasi Manchester City dalam ulangan final musim lalu mungkin sukar.

Fernandes mempunyai kontrak di Old Trafford hingga hujung musim 2025-26 – United mempunyai pilihan untuk menyambungnya bagi 12 bulan lagi – dan dilihat sebagai salah seorang pemain tonggak United.

Namun Fernandes dilihat ragu-ragu mengenai masa depannya di United, yang disertainya pada Januari 2020 dari Sporting Lisbon dan menegaskan dia perlu berasa dihargai di Old Trafford.

Pemain kebangsaan Portugal itu bagaimanapun menyatakan sebarang rundingan mengenai masa depannya perlu menunggu hingga selesai Euro 2024.

“Saya tidak terlalu memikirkan mengenai masa depan, apatah lagi kerana, jelas sekali musim ini tidak seperti tahap yang saya harapkan, sama ada secara individu atau kolektif, setakat ini,” jelasnya.

Hanya tiga pemain – Kobbie Mainoo, Alejandro Garnacho dan Rasmus Hojlund – dikatakan akan dikekalkan dengan United juga bersedia mendengar tawaran terhadap Marcus Rashford.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini