comscore
Tumpuan :
Sukan

Fasa mencabar Sabah harungi Liga Super

FOTO: NSTP

PETALING JAYA: Baki empat perlawanan Liga Super terpaksa diharungi Sabah FC dalam situasi sukar selepas kehilangan empat tonggak yang menyahut tugasan skuad kebangsaan.

Bagaimanapun bagi pengendalinya Datuk Ong Kim Swee, itu bukanlah alasan buat Sabah FC untuk tidak  melakar persembahan terbaik menjelang pertemuan menentang Kelantan FC di Stadium UiTM, Shah Alam, malam esok.

“Jika dilihat sekarang ini, kami kehilangan empat pemain kerana mereka mengharungi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

“Sebenarnya, bukan mudah untuk mengendalikan empat perlawanan dalam tempoh dua minggu dengan jadual yang banyak membabitkan saingan Liga Super dan Piala AFC,” kata Kim Swee.

Empat pemain yang dimaksudkan Kim Swee ialah  Stuart Wilkin, Darren Lok dan Dominic Tan yang kini berada di Taipei bersama Harimau Malaya untuk kempen kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027 manakala Saddil Ramdani bersama skuad Indonesia.

“Sekarang ini, apa pun boleh berlaku walaupun menentang skuad muda Kelantan FC namun kami perlu berhati-hati,” katanya.

Sabah FC ketika ini masih lagi meletakkan sasaran di kedudukan lima teratas ke arah itu mereka  mesti meraih tiga mata penting pada setiap baki perlawanan Liga Super.

“Kedudukan berubah jika Sabah mampu dapat keputusan yang positif dalam empat perlawanan terakhir. “Jika kita capai keputusan baik untuk perbaiki daripada sasaran lima terbaik, kita dapat tempat keempat atau ketiga, ia keputusan yang cukup positif,” katanya.

Berbaki empat perlawanan Liga Super, Sabah FC di tangga ke-5, mengumpul 42 mata, dua mata di belakang Sri Pahang (44 mata)

Loading...
Terkini