comscore
Tumpuan :
Sukan

[VIDEO] FAM gantung seumur hidup Yazan, dilarang sertai segala aktiviti bola sepak di Malaysia

KUALA LUMPUR: Digantung seumur hidup daripada terlibat dengan sebarang aktiviti bola sepak termasuk aktiviti-aktiviti pentadbiran, pengurusan dan kesukanan bola sepak serta aktiviti yang bersampingan dengannya di Malaysia, itu hukuman berat yang dikenakan terhadap bekas pemain Selangor FC, Yazan Mousa Mahmoud Alarab gara-gara menyepak dan meludah pengadil oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang bersidang hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan FAM, dua pertuduhan dikenakan terhadap pemain Jordan itu.

Insiden Yazan menendang pengadil pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia, 24 September lalu.

Pertuduhan 1, melanggar Artikel 51, perenggan 1(a) dan Artikel 59 Kod Tatatertib FAM kerana telah meluru ke arah Pengadil Perlawanan sambil mengeluarkan kata-kata kepada Pengadil Perlawanan dan apabila Pengadil Perlawanan memusingkan badan untuk pergi, pemain ini telah menarik bahu dan seterusnya menolak dengan daya yang berlebihan di bahagian dada Pengadil Perlawanan.

Aksi Yazan selaku permain pertahanan bersama Selangor FC

Manakala Pertuduhan 2, setelah dilayangkan kad merah, pemain ini (Yazan) secara agresif telah menyerang dengan menyepak ke bahagian punggung kiri dan telah meludah ke arah pengadil perlawanan.

“Pemain ini digantung empat perlawanan bagi Pertuduhan 1 dan digantung seumur hidup daripada terlibat dengan sebarang aktiviti bola sepak termasuk aktiviti-aktiviti pentadbiran, pengurusan dan kesukanan bola sepak serta aktiviti yang bersampingan dengannya di Malaysia bagi Pertuduhan 2,” kata jawatankuasa terbabit yang turut mengesahkan keputusan itu boleh dirayu.

Insiden Yazan menyepak pengadil itu berlaku pada perlawanan suku akhir 2 Piala Malaysia 2023, Selangor FC lwn Terengganu FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada 24 September 2023.

Yazan yang beraksi selaku pertahanan tengah skuad kebangsaan Jordan, sudah ditamatkan kontraknya oleh Selangor FC selepas insiden itu.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini