comscore
Tumpuan :
Sukan

[VIDEO] Faisal sudah berjalan sendiri ke tandas, luah mahu segera pulang  – SFC

 

SHAH ALAM: Tahap kesihatan Faisal Halim semakin positif, selepas selamat menjalani pembedahan ketiga membabitkan ‘skin allograft’ semalam.

Meskipun kekal berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), Faisal dilapor sudah boleh berjalan sendiri, malah meluahkan hasrat untuk segera pulang ke rumah.

Perkembangan terbaharu ini dikongsikan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangof FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar selepas melawat Faisal Halim hari ini.

“Alhamdulillah pagi ini saya diberitahu Faisal Halim lebih ceria, yang lebih seronok lagi saya dengar pagi ini dia dah mula jalan dalam bilik. Itu yang saya teruja, dah boleh pergi bilik air dengan sendiri. Ini satu perkembangan yang amat positif la.

“Dia nak balik, Faisal nak balik. Tulah orang yang bersemangat ini lain sikit. macam saya cakap dia nak jalan dalam bilik dia, orang aktif footballer tapi bila nampak dia boleh berjalan dalam bilik, eager to walk, bagi saya sangat membanggakan,” katanya

Semalam, Faisal selamat menjalani pembedahan ketiga selama tiga jam dan tidak menunjukkan sebarang komplikasi atau jangkitan kuman.

Pembedahan “skin allograft” atau tampalan kulit yang diimport dari Belgium itu melibatkan bahagian lengan kiri dan rusuk Faisal.

Tambah Shahril, dengan perkembangan positif ini juga, beliau percaya proses pemulihan Faisal akan mengambil masa yang lebih cepat daripada jangkaan.

“Faisal Halim ini special sebab recovery period dia sangat cepat dan kita berdoa supaya dia pulih lagi cepat tapi cepat tak cepat pun kena ambil masa.

“ICU pun mungkin lagi 7 hari dan kemudian kalau dah sesuai, Faisal akan dipindahkan ke High Dependency Ward Unit dalam masa seminggu dua dan kita tengok selepas itu macam mana. Harapan saya mungkin raya haji dia boleh balik rumah, harapan saya,” ujarnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini