comscore
Tumpuan :
Sukan

FA Inggeris dakwa Arteta kerana kritik VAR

Pengendali Arsenal, Mikel Arteta didakwa oleh Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris kerana mengkritik VAR. – Foto: Reuters

LONDON: Pengendali Arsenal, Mikel Arteta didakwa oleh Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris kerana mengkritik VAR selepas kekalahan pasukannya di tangan Newcastle.

“Mikel Arteta didakwa kerana melanggar peraturan E3.1 FA, berikutan kenyataannya kepada media selepas perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Newcastle pada Sabtu, 4 November.

“Kenyataannya didakwa mengandungi salah laku kerana menghina pegawal perlawanan dan/atau mencemar nama baik sukan ini,” kata FA.

Arteta sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa keputusan VAR yang tidak membatalkan gol Anthony Gordon ketika keputusan 1-0 di St James’ Park awal bulan ini adalah sesuatu yang memalukan.

“Anda perlu menjelaskan mengapa gol ini dibenarkan. Menakjubkan. Saya rasa sangat malu.

“Saya terpaksa mempertahankan kelab ini dan meminta pertolongan kerana ia sesuatu yang memalukan apabila gol ini dibenarkan,” kata Arteta.

VAR memeriksa sama ada bola sudah keluar garisan sebelum hantaran lintang Joe Willock, dan sama ada Joelinton mengasari pertahanan Arsenal, Gabriel serta adakah Gordon berada di kedudukan ofsaid.

Ketiga-tiga situasi berpihak kepada Newcastle, walaupun bola kelihatan seperti sudah melepasi garisan, manakala Joelinton menolak Gabriel dari belakang.- AGENSI

Loading...
Terkini