comscore
Tumpuan :
Sukan

EURO 2024: Switzerland buat England ‘cuak’

Ketua pasukan Harry Kane dan Phil Foden antara sandaran utama England menentang Switzerland, Ahad ini. – FOTO: Reuters

WEIMAR: Kempen Euro 2024 England di Jerman tampak hampir menuju noktah sebelum diselamatkan oleh gol saat-saat akhir yang luar biasa daripada Jude Bellingham dalam pusingan 16.

Persoalannya apakah nasib akan sekali lagi menyebelahi England apabila pasukan kendalian Gareth Southgate itu berdepan Switzerland yang berada dalam prestasi cemerlang di suku akhir pada Ahad ini di Duesseldorf.

Switzerland nyata membuat England resah dengan prestasi menakjubkan apabila menundukkan juara bertahan Itali 2-0 dalam pusingan 16 terakhir.

Malah pada peringkat awal Switzerland turut mencemaskan Jerman apabila tuan rumah  menghempas pulas memburu gol penyamaan pada aksi yang berakhir 1-1 dalam Kumpulan A.

Situasi ini mencabar keyakinan England meskipun memiliki rekod  hanya tewas tiga kali dalam 27 pertemuan menentang Switzerland dan kali terakhir pada tahun 1981.

Namun, pasukan bimbingan Murat Yakin telah bermain dengan konsistensi dan keyakinan yang tidak dapat ditandingi oleh England.

Yakin malah berkata beliau bersimpati dengan Southgate, yang telah dikritik hebat di Jerman kerana tidak dapat menyerlahkan potensi pemainnya yang dibarisi pemain berbakat.

“Saya sendiri tahu sedikit perkara ini sejak tahun lalu. Hanya fokus pada permainan bola sepak, bukan apa yang kita baca dalam surat khabar, itu sahaja yang kita boleh lakukan sebagai jurulatih,” kata Yakin.

Southgate dikritik kerana tidak melakukan banyak perubahan kepada pasukannya, tetapi itu mungkin akan berubah apabila mereka kini berlatih menggunakan formasi tiga pertahanan di belakang.

Turut membimbangkan Southgate ialah pemain pertahanan, Marc Guehi, yang menunjukkan prestasi mantap dalam debut pertamanya di kejohanan ini, digantung untuk perlawanan pada Ahad ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini