comscore
Tumpuan :
Sukan

EURO 2024: Switzerland ada keyakinan kalahkan England

Jurulatih Switzerland Murat Yakin FOTO: Reuters

DUESSELDORF: Switzerland berada dalam mood yang baik dan kini bersedia untuk mengalahkan England pada saingan suku akhir Euro 2024 di Duesseldorf Ahad ini.

Meskipun jurulatih Switzerland Murat Yakin mengakui England mempunyai pemain yang mampu melakukan perubahan dalam kejohanan besar tetapi Yakin berkata skuad bimbingan Gareth Southgate itu harus bersedia untuk bertemu dengan pasukan yang bermain bola sepak dengan baik dan penuh semangat,

“Ketika kami bermain menentang Jerman, kami bagus, kami bermain menentang Itali, juga pasukan gergasi, dan mengapa kami tidak boleh mengalahkan England?

“Kami dalam mood yang baik sekarang. Sama-sama kita lihat nanti. Ia adalah cabaran yang baik dan pasukan saya bersedia untuk pertarungan menentang England,” katanya di sidang media.

Yakin berada dalam situasi yang sama dengan Southgate tahun lalu apabila dia dikritik kerana taktik dan prestasi buruknya semasa kempen kelayakan.

Ketika itu Switzerland berjaya mara daripada salah satu kumpulan paling mudah selepas melepaskan beberapa gol lewat permainan ketika menentang pasukan lebih lemah.

Namun nasibnya berubah di Euro 2024 apabila Yakin dipuji tempat kerana melakukan perubahan taktikal dan pemilihan pasukannya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini