comscore
Tumpuan :
Sukan

EURO 2024: Stephan bidas ‘pengkritik’ skuad Perancis

Penolong jurulatih Perancis, Guy Stephan. FOTO: Reuters

PADERBORN: Penolong jurulatih Perancis, Guy Stephan menggesa mereka yang mengkritik pasukan bimbingannya pada Euro 2024  menghentikannya.

Stephan yang pernah melatih pasukan Senegal berkata mereka yang percaya Perancis akan mengharungi kempen mudah di Jerman adalah ‘sesat’.

“Kami tidak pernah mengatakan bahawa kami akan melalui kempen yang mudah dan akan memenangi setiap perlawanan.

“Saya masih ingat reaksi saya selepas undian. Saya kata ‘berhati-hati’,” katanya pada sidang media pra perlawanan.

Tegas Stephan, Perancis tidak pernah meletakkan harapan tinggi untuk memenangi Euro 2024.

Bagaimanapun, beliau mengakui Perancis yang dilihat pasukan pilihan sebelum kejohanan itu, tidak mempunyai ketajaman penyudah yang diharapkan.

“Tapi terdapat juga perkara yang positif. Kami nampaknya menguasai perlawanan, mempunyai lebih banyak peluang berbanding lawan,” katanya lagi.

Stephan berkata, Kylian Mbappe dan Antoine Griezmann pula menerima kritikan yang tidak adil.

“Bukan mudah untuk Mbappe terpaksa memakai topeng. Dia juga mengharungi penghujung musim yang agak memenatkan,” katanya.

Pada fasa suku akhir Sabtu ini, Perancis akan menentang Portugal.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini