comscore
Tumpuan :
Sukan

EURO 2024: Scotland, Switzerland intai peluang iringi Jerman ke pusingan 16

Scott  McTominay (tengah) sandaran Scotland menentang Hungary esok. – Foto Reuter

JERMAN: Saingan Kumpulan A Euro 2024 awal pagi esok menjadi tumpuan untuk menyaksikan pasukan keempat yang akan mara ke kelompok 16 pasukan terakhir.

Apa yang pasti tumpuan lebih terarah kepada Scotland dan Switzerland untuk mengiringi Jerman selaku naib juara Kumpulan A.

Pada aksi terakhir kumpulan esok Scotland akan berdepan Hungary manakala tugas lebih getir buat Switzerland menentang tuan rumah Jerman.

Scotland yang mengumpul satu mata selepas dua perlawanan tidak ada pilihan lain mesti mengalahkan Hungary sambil mengharapkan Jerman menang besar ke atas Switzerland.

Percaturan jurulatih Switzerland, Murat Yakin menjadi harapan Switzerland memerangkap tuan rumah Jerman. – Foto: Reuters

Namun andainya Switzerland mampu mencipta keputusan seri, mereka akan meneruskan kemaraan selaku naib juara Kumpulan A.

Secara matematik, Switzerland juga sebenarnya masih berpeluang ke pusingan 16 selaku empat pasukan terbaik di kedudukan ke-3 enam kumpulan dengan empat mata, sekalipun tewas kepada Jerman.

Malah kedudukan mereka sebagai pasukan kedua terbaik Kumpulan A juga sudah terjamin sekiranya Hungary yang tewas dua perlawanan sebelum ini, bangkit mengejutkan Scotland esok.

Untuk rekod Scotland tewas kepada Jerman 1-5 pada perlawanan pertama sebelum seri 1-1 menentang Switzerland.

Manakala Switzerland pada perlawanan pertama mengalahkan Hungary 3-1.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini